Prosedur Nikah-Zaman CoVid ☺

Assalamualaikum korang!
Entah kenapa aku macam aktif pulak nak menaip. Aku rasa cam nak menaip sebab benda ni macam berinformasi or insyaAllah boleh membantu sesiapa kot la mencari cara nak register untuk kebenaran bernikah. Cumanya, ini bersesuaian untuk orang yang memang sama situasi dengan aku ya.

Tempat bernikah: n9
Bride: From n9
Tempat bekerja: Johor
Groom: From Johor
Tempat bekerja: Johor
Wali: masih ada (tak perlu nak cari wali hakim)

Ok, as korang boleh tengok di atas, itu adalah situasi aku. Untuk keadaan yang sebegini cuma ada masalah sikit untuk bride yang bekerja di Johor untuk uruskan borang nikah yang perlu hantar borang nikah di tempat bernikah which is n9. Ofc disebabkan keadaan covid dan tempat kerja yang memberi kesukaran kepada bride. 

Ada dua option:

1)
- settlekan borang nikah lelaki di Johor dahulu
- kemudian postkan borang nikah perempuan, dokumen yang berkaitan and kebenaran bernikah lelaki di luar kariah kepada wali, wali boleh uruskan borang nikah perempuan di tempat bernikah tu

2) 
-settlekan borang nikah lelaki & perempuan di Johor dahulu
-kemudian postkan kebenaran bernikah lelaki & perempuan di luar kariah kepada wali, wali boleh uruskan di tempat bernikah tu (as for this case, n9)
-tambahan dokumen paling penting is surat pengesahan bermastautin untuk pihak perempuan yang sedang bermastautin di Johor.

*cara penghantaran borang nikah perlu ikut cara pejabat kadi ditempat penghantaran borang nikah masing masing ya.

Aku mula mula nak uruskan dengan option 2,
-HIV test buat di Johor
-Status akuan bujang buat di Johor
-Dokumen untuk pihak aku hampir lengkap untuk aku uruskan semuanya di Johor, tapi disebabkan aku dapat lambat untuk surat pengesahan bermastautin di Johor, aku terus tukar ke option 1, which is status akuan bujang aku perlu ikut cara pejabat agama n9 ye. Itu je yang perlu aku tukar untuk aku buat option 1.

Step untuk mendaftar kebenaran bernikah:

1) Kursus pra-perkahwinan- zaman covid ni mudah sebab masih buat secara online. Better korang settlekan ni dulu apa apa hal. 

boleh layari website tersebut. Boleh click 'permohonan baru' untuk register. Dekat situ pun ada bagitahu macam mana nak menggunakan website tersebut. Very simple instruction.
*IMPORTANT NOTE: bila nak memohon kebenaran bernikah, tarikh cadangan perkahwinan tu mesti dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan. Kalau dah melebihi tempoh tersebut, kena memohon semula.



Bila dah siap isi maklumat untuk memohon kebenaran bernikah, akan keluar macam ni. Dekat sini boleh download semua borang yang disediakan dan juga senarai semak dokumen yang perlu dibawa ke pejabat agama/kadi masing-masing.



3)
HIV test-hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan saje ya. Bayaran yang perlu dilakukan cuma RM1 setiap orang. Borang boleh didapati setelah korang selesai isi borang di SPPIM tu. Aku buat di Johor, and perlu booking slot temujanji. Aku rasa mana mana Klinik Kesihatan memang perlu buat temujanji zaman covid ni hahahha

http://jknj4.moh.gov.my/qrtca/ - website untuk booking appointment Klinik Kesihatan di Johor.

4)
Akuan status bujang (dara dan teruna)

- Untuk Johor, korang boleh cari Ketua Kampun/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah untuk pengesahan
- Untuk n9, Pendaftar/Penolong Pendaftar/Jurunikah untuk pengesahan

*sebabtu aku kena print out semula borang nikah aku, sign dulu sesiap bahagian ni then post kepada wali aku untuk wali aku uruskan bahagian ni. Disebabkan pengesahan yang aku dah buat dekat Johor tu dah tak valid kalau aku nak hantar borang aku di n9.

5)
Surat pengesahan bermastautin (optional)
kalau korang nak submit borang nikah di kawasan yang tak sama dengan alamat IC korang then korang kena buat/cari cara untuk dapatkan surat ni.

6) apa apa pun, mintak selesaikan urusan pihak lelaki dulu untuk dapatkan kebenaran bernikah luar kariah/negeri (macam case aku ni, nak berkahwin di luar kariah). Kalau dah sama kariah/daerah dah takde masalah sangat. Korang boleh submit sama sama kalau situasi korang macam ni.

pihak lelaki dah selesai and dah dapat kelulusan

7) seterusnya, bila lelaki dah dapat kebenaran bernikah daripada pihak pejabat agama/kadi, then boleh bagi kepada pihak perempuan untuk uruskan di pihak perempuan pulak.

8) Ada bayaran yang perlu korang sediakan ya (ikut tempat bernikah & tempat hantar borang kebenaran tu)

9) yang pihak perempuan selalu check tau status kebenaran bernikah korang dekat sppim tu.



10) ok dah, jom kahwin! hahaha

ok semoga dipermudahkan semua urusan kalian ❤